Followers

Saturday, 29 October 2011

KoMPoNeN PeNdiDiKaN MuZiK (Bahagian 1)

Skop

Komponen pendidikan muzik melibatkan nyanyian, permainan alat-alat perkusi dan pergerakan. Kurikulum ini dapat mengembangkan minat, bakat dan potensi murid-murid pendidikan khas. Kemahiran yang dikuasai akan melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran dan berketrampilan serta bersikap positif dari aspek emosi dan sosial dalam kehidupan.

Objektif

Komponen ini membolehkan murid:
  1. Mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian.
  2. Mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan.
  3. Mahir menggunakan alat-alat perkusi.
  4. Melakukan gerakkan mengikut rentak lagu.
  5. Mengenal lagu berdasarkan melodinya.
  6. Mengawal koodinasi anggota badan.
Komponen Nyanyian

Membolehkan murid:
  1. Menguasai kemahiran mendengar iaitu jenis bunyi dan nada
  • Bunyi dari alam sekitar.
  • Bunyi dari aktiviti manusia
     2.  Meningkatkan bakat dan minat dalam nyanyian iaitu mengenal lagu berdasarkan melodinya.
  • Lagu kanak-kanak
  • Lagu patriotik
  • Lagu tradisional
CONTOH LAGU KANAK-KANAK
    Katak Lompat

     Anak Rusa Nani

    CONTOH LAGU PATRIOTIK

     
    Lagu Bahasa Jiwa Bangsa


    Keranamu Malaysia