Followers

Wednesday, 7 December 2011

Pengenalan kepada rekoder

Rekoder adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik.
Penggunaan rekoder  dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah bertujuan  member pengalaman muzikal  secar  hands – on.

TEKNIK – PENJARIAN



Tangan Kiri
-          Ibu jari bernombor  0 menutup  lubang  rekoder  di bahagian belakang rekoder.
-          Jari  telunjuk  bernombor  1 menutup lubang  rekoder  pertama.
-          Jari hantu  bernombor  2 menutup lubang  rekoder  kedua.
-          Jari manis  bernombor  3  menutup  lubang  rekoder  ketiga.

Tangan Kanan
-          Jari  telunjuk  bernombor  4 menutup lubang  rekoder  keempat.
-          Jari  hantu  bernombor  5  menutup  lubang  rekoder  kelima.
-          Jari  manis  bernombor  6 menutup lubang  rekoder keenam.
-          Jari  kelingking  bernombor  7 menutup lubang  rekoder ketujuh.
Terdapat  2  pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor  6 dan  7.
Tujuan  lubang  kecil  ini  adalah untuk  menghasilkan  bunyi  syap  dan  flat. 

Sunday, 27 November 2011

KoMPoNeN PeNdiDiKaN MuZiK (Bahagian 5)

CARA MEMEGANG ALAT-ALAT PERKUSI

NAMA ALAT  PERKUSI  KAYU TIK TOK
  •   PEGANG KAYU TIK TOK DENGAN TANGAN KIRI DAN PENGETUKNYA DENGAN TANGAN KANAN.
  • KETUK KAYU TIK TOK PADA BAHAGIAN KIRI DAN KANANNYA SECARA BERGILIR-GILIR.

     NAMA  ALAT  PERKUSI  LOCENG

CARA 1  :  PEGANG LOCENG DENGAN TANGAN KIRI ATAU KANAN
                  DAN GONCANGKAN   MENGIKUT RENTAK.

CARA 2  : PEGANG LOCENG DENGAN  TANGAN KIRI DAN TUMBUK
                  TANGAN KIRI DENGAN TANGAN KANAN.

  NAMA ALAT PERKUSI KASTANET
·     
  •    LETAKKAN  KASTANET  DI  ATAS TAPAK  TANGAN  KIRI.
  • GETAH KASTANET DISARUNGKAN PADA JARI TENGAH.
  • KETUK KASTANET DENGAN HUJUNG JARI TANGAN (SATU ATAU DUA JARI).

NAMA  ALAT  PERKUSI  KERINCING


  • PEGANG TALI  DENGAN  TANGAN  KIRI  DAN  PEGETUKNYA  DENGAN TANGAN  KANAN. PASTIKAN TANGAN  KIRI  MEMEGANG  TALI DENGAN TIDAK  MENYENTUH KERINCING.
  • TERDAPAT  DUA CARA BERMAIN :

    1.   KETUK TEPI LUAR / DALAM  DENGAN ‘SATU –SATU’ – ( ‘SINGLE STROKE ‘).
    2. KETUK TEPI DALAM  SUDUT ATAS  BERLANJUTAN (SEPERTI DITUNJUKKAN DALAM GAMBAR)- (‘TRILL’).